Sunday 12 February 2012

sebuah pengorbanan

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.
Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. 

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.
Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan
Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.



Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya…









Wednesday 8 February 2012

Bersama KAMU


Bersama,,
aku mula kenal kamu
bila kita selalu bersama
aku mula sayang kamu
bila kita selalu bersama
aku selalu rindu kamu
mungkin sebab kita selalu bersama

Bersama,,
bila kita dah selalu bersama
kadang2 aku rasa benci pada kamu
dan bila kita dah selalu sangat bersama
aku kadang2 menangis kerana kamu
jahatnya kamu

Bersama,,
kalau bersama kamu
tak sedar masa pon cepat berlalu
bersama kamu panas pon terasa sejuk
bersama kamu lapar pon jadi kenyang

Bersama,,
terlalu lama aku bersama kamu
aku sudah kenal siapa kamu
dan aku makin nak kenal kamu
kerana dihati ini sentiasa ada kamu

Bersama,,
dan aku nak kamu tahu
bersama kamu,, buat hati ku rasa bahagia,,

" kata2 ney aku tuju buat some1 yg bjaya memiliki HATI ku ney...HOPE lepas DIA baca ney DIA akn paham ape yg aku ase bile dgn DIA...aku nk DIA tau wlau dlm keadaan or sintuasi mcm mne pn aku ngan DIA..aku tetap akn ase BAHAGIA...GEMBIRA....aku akn sentiasa SABAR..TABAH..hadapi segala dugaan yg dtg dlm hubungan KAMI...aku akn cube tok wat yg TERBAIK utk hubungan ini...kerna AKU SAYANG DIA SEPENUH HATIKU...huhu tetibe mod jejiwang plk aku ney...ahakss adess malus la plk..ekekek (^__^)v PEACE!! "

kisah rumput dan kasih sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

~(@) aku tak tau nape aku suke sgt kisah RUMPUT DAN KASIH SAYANG ...bagi aku cerita ney sangat menarik...dan mempunyai maksud yg tsirat yg mendalam....dan aku paling suke PART ney  
 apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas "....menarik kan (^__^) hmmm kn senang kalau semua org ada sikap cm 2...huhu tp syg ye payah nk cari cmney...xpe la pape pon aku harap DIA pemilik HATIKU ada sikap2 sperti ney (^__^)v (@)~

Wahai kekasih-kekasih dambaan ku


Wahai pemilik cintaku
Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu

 Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?

Wahai kekasih Allah
Aku rindu untuk berjumpa denganmu
Aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu


Aku tahu..
Kami tahu..


Kau sangat mencintai kami.. umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?

Wahai bakal pendamping hidupku

Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah

Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya

 Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?

Tuesday 7 February 2012

Just to say I LOVE YOU...n IM SORRY

Awak, saya tak tahu kenapa. makin lama , hari silih berganti, sayang saya pada awak makin kuat. Terasa macam dunia neh milik kita jeh kan? Saya harap sgt awak takkan tinggalkan saya sbb saya tak tahu mcm mana hidup saya bila awak tak ada disisi saya. Saya tahu , saya neh bukan lah yang terbaik untuk awak. Saya selalu sakitkan hati awak, selalu buat awak kecewa dgn sikap saya. Saya selalu buat awak tension + strees dgn perangai saya. Saya bukan apa, saya cuma nak awak sedar yang saya sentiasa ada disisi awak. Saya tahu lately awak penat sangat-sangat. Awak cepat mengantuk, awak cepat letih. And awak selalu tidur tp tak apalah, saya paham sbb kita kadang-kadang bergayut smpi pagi. saya kesian kan kat awak. maafkan saya sbb mengaggu waktu tidur awak. Itu semua sbb saya rindu awak.Maaf kan saya sangat-sangat. saya tak tahu mcm mana nak menunjukkan kasih sayang saya neh sbb saya tak reti. Saya nak awak sntiasa tahu yang saya sayang awak, saya rindu awak :)...awak..saya ney banyak krenah kn...penah gaks awak ckp pening kpale layan krenah saya...ye la saya selalu fikir bukan2 kalau awk hilang tibe2 (lmbt msg ker..x msg ker...x jwp col ker..) Saya Selalu merajuk dgn awak bila awak tak layan saya kn...tp saya tau awk xkan pujok pon..hmm APTB....pastu saya jadi x suke bile awk sibok layan kawan2 awk (saya rase awk tentu prasan kn kn kn )...ntahla dgn kawan2 awk pon saya jadi cemburu..hmm Maafkan saya :( saya selalu berdoa kepada Allah semoga Jodoh kita Berpanjangan dan Direstui dari semua pihak.awak Maafkan saya ea :)

Saya SAYANG awak...TAPI awak...........






















AWK TAHU TAK???
saya sayang awk
tp awk...macam tak sayangkan saya
saya rindu awk
tp awk..macam tak rindukan saya
saya cintakan awk
tp awk...macam tak cintakn saya
saya nak awk
tp awk..macam tak nak saya
saya perlukan awk
tp awk...macam tak perlukan saya

TAHU KENAPA???....
saya je yang selalu cari awk
tp awk tak...
saya je yang selalu msg dan call awk
tp awk tak...
saya je yang selalu ingat awk
tp awk tak...
saya je yang selalu ingatkan awk pasal hubungan kita
tp awk tak...
saya je yang ikut ckp awk..
tp awk tak...
saya je yang menangis sebab awk
tp awk tak...
saya rasa saya je yang perlukan awk
tp awk tak...

MUNGKIN..
saya je yang setia kat awk
tp awk tak...
saya je yang sygkn awk
tp awk tak...
saya je yang rindu awk
tp awk tak...
saya je yang tgk gambar awk hari-hari
tp awk tak...

KADANG-KADANG
saya rasa macam nak benci awk
tp tak boleh..
saya rasa macam nak lupakn awk
tp tak boleh...
saya rasa macam nak tinggalkan awk
tp tak boleh...
saya rasa macam nak marah awk
tp tak boleh...
saya rasa macam tak nak rindukan awk
tp tak boleh...


JADI...
awk jangan bagi harapan kalau awk tak sukakan sy
awk jangan kata awk rindu saya kalau awk sebenarnya rindu orang lain
awk jangan kata awk sayang saya kalau dalam hati awk ada orang lain
awk jangan kata awk cuma ada saya kalau awk ada ramai sparepart lain
awk jangan kata awk cintakan saya kalau hati ada bukan pada saya...


AWK, cinta terakhir saya..

Untuk Bakal Teman Hidupku


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
  
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.


Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.